DENGAN sambutan Tahun Baru Cina semakin hampir, lalu lintas di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak, terutama dari Khamis (26 Jan) hingga Selasa depan, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata dalam satu kenyataan pada Selasa (24 Jan).
Bilangan pengguna di pusat pemeriksaan dijangka meningkat daripada 400,000 kepada 430,000 dalam tempoh itu, kata ICA.





