CHICAGO (Amerika Syarikat): Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan United Express, Encik Oscar Munoz, telah memohon maaf terhadap insidden di mana seorang penumpang diheret keluar dari pesawat berkenaan yang menarik perhatian dunia dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Menurutnya, syarikat penerbangan itu berusaha menemui lelaki berkenaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.





