SukanSep 1, 2017 | 5:30 AM

M'sia cuti umum Isnin ini

KUALA LUMPUR: Sambil menyifatkan pencapaian negaranya di Sukan SEA Kuala Lumpur yang berakhir kelmarin umpama mimpi menjadi kenyataan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan Isnin ini sebagai cuti umum negaranya.

Cuti tersebut diumum sempena meraikan kejayaan kontinjen Malaysia yang muncul juara keseluruhan temasya dwitahunan itu.

Pasukan penyelamat melaksanakan operasi mereka di Gunung Berapi Dukono selepas gunung itu meletus pada 8 Mei.
SingapuraMay 11, 2026 | 8:49 PM

S’pura hargai bantuan Indonesia

Singapura merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemerintah Indonesia dan pasukan mencari dan menyelamat, yang menyelaraskan operasi sukar menyelamatkan mangsa bagi operasi letusan Gunung Berapi Dukono, Indonesia.

Menulis melalui hantaran Facebook beliau pada 11 Mei, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menyatakan rasa terhutang budi yang mendalam kepada pemerintah Indonesia, pihak berkuasa, serta lebih 150 kakitangan pasukan mencari dan menyelamat.

ajaran sesat, hukum Islam Singapura, bekas ahli urut
Jenayah dan mahkamahMay 11, 2026 | 8:10 PM

Tuduhan ditarik balik terhadap bekas ahli urut yang sebarkan ajaran sesat

Seorang bekas ahli urut yang dijatuhi hukuman penjara pada 2025 kerana mengajar doktrin yang bertentangan dengan hukum Islam telah dilepaskan dan dibebaskan daripada satu lagi tuduhan yang masih belum dibicarakan.

Mohd Razif Radi, 68 tahun, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada Julai 2025 selepas didapati bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla).

korban, SalamSG, masjid, slot tempahan
MasyarakatMay 11, 2026 | 7:56 PM

Ibadah korban S’pura dapat sambutan meski keadaan tidak menentu   

Sambutan terhadap ibadah korban yang diadakan secara langsung di beberapa tempat di sini, di bawah naungan SalamSG tetap mendapat sambutan memberangsangkan, meskipun keadaan sejagat yang tidak menentu pada masa kini.

Beberapa masjid dan penyedia perkhidmatan korban yang dihubungi Berita Harian (BH) berkongsi bahawa masyarakat Islam di sini terus melahirkan minat berterusan terhadap pelaksanaan ibadah korban secara langsung di sini.

Lee Hsien Loong, Pahang, hubungan Singapura-Malaysia, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
PandanganMay 11, 2026 | 7:14 PM

Lawatan SM Lee ke pantai timur M’sia tonjol kepentingan hubungan peringkat negeri

Walaupun wujud perbezaan, Singapura dan Malaysia sentiasa berusaha keras untuk memastikan hubungan dua hala yang lama terjalin terus dikekalkan dan diperkukuhkan di peringkat nasional dan juga negeri.

Lawatan terkini Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, ke Pahang dan Terengganu menekankan kepentingan hubungan dua hala tersebut, sekali gus menunjukkan bagaimana kededua Singapura dan Malaysia adalah ‘jiran buat selama-lamanya’.

penyu, sisik, Oceanarium Singapura, spesies terancam
SingapuraMay 11, 2026 | 6:36 PM

Sinar baru penyu sisik di Singapore Oceanarium

Lapan anak penyu sisik, spesies yang kritikal terancam, kini memulakan fasa kehidupan baharu di Singapore Oceanarium.

Menetas dari telur di Pulau Kusu, mereka dijaga sepanjang masa dalam kurungan yang sengaja menghalang kesedaran akan pandangan manusia, persis konsep filem The Truman Show.

Rombongan pertama haji S'pura berangkat ke Tanah Suci, kad nusuk mula digunakan
Play Video

[BHGN 2] Setahun selepas GE: Usaha pemimpin Melayu/Islam imbangi kepentingan masyarakat dan nasional
Play Video

Letusan Gunung Dukono: Baki 15 pendaki berjaya diselamatkan
Play Video

[BHGN 1] Setahun selepas GE: Usaha pemimpin Melayu/Islam imbangi kepentingan masyarakat dan nasional
Play Video

Taman Warisan Melayu ruang satukan suara mapan, anak muda dalam lestari budaya
Play Video