SEOUL: Korea Utara mendakwa ia telah menjalankan ujian bom hidrogen yang boleh dipasang dalam peluru berpandu antara benua (ICBM) yang baru, lapor agensi berita Yonhap.
Pengumuman khas, yang disiarkan badan penyiaran negara Korea Utara, berkata Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam beberapa jam selepas gegaran gempa bumi buatan manusia dikesan dekat tapak ujian nuklearnya.






