MENAMATKAN saingan di Kejohanan Renang Dunia Fina di Budapest, Hungary, dengan kekecewaan, jaguh renang Singapura, Joseph Schooling, berazam bangkit daripada "kegenjotan" itu sedang beliau menghalakan tumpuan kepada cabaran di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan ini nanti.
Bergelar juara Olimpik dan tiba ke Kejohanan Dunia - yang berakhir kelmarin - dengan harapan tinggi melangit, Schooling terpaksa berpuas hati dapat berkongsi pingat...




