PERSATUAN Derma Amanah Muslimin (MTFA) mengagihkan biasiswa bernilai $58,000 kepada sembilan pelajar peringkat pos-menengah dalam satu majlis di Darul Ihsan Lilbanat di Wan Tho Avenue petang tadi.
Para penerima terdiri daripada seorang pelajar politeknik, seorang penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan tujuh pelajar universiti setempat.






