PERANAN Pertubuhan Antara Agama (IRO) dalam memupuk keharmonian agama di Singapura, tidak harus dipandang mudah disebabkan sekitaran dunia hari ini yang boleh menjejas perpaduan agama, kata Presiden Halimah Yacob.
"Kita tidak boleh mengecilkan usaha yang IRO lakukan kerana usaha mereka penting. Kita lihat banyak kejadian berlaku di sekeliling di mana isu-isu mengenai agama dan bangsa berpotensi menjadi isu-isu yang dapat...






