TOKYO: Empat pendaki- termasuk seorang warga Singapura- yang hilang dalam perjalanan turun dari gunung tertinggi Hokkaido, Ashidake semalam telah ditemui.
Penyiar NHK melaporkan bahawa empat pendaki ditemui pada 5.45 petang tadi (4.45 waktu Singapura) dan pegawai keselamatan sedang berusaha untuk membawa mereka turun dari puncak 2,291 meter di bandar Higashikawa itu.






