Maafkan aku wahai orang muda Umurku sudah menjangkau senja Caraku makan berkecah Gigi tiada susah kunyah Air dalam gelas plastik tiada guna Kupasti langgar kerana rabun mata Tanganku tergetar-getar Menyuap ke mulut menjadi sukar Berjalan terkemut-kemut Kakiku berasa semut-semut Belum sempat ke tandas Di sini juga aku terlepas Badanku busuk berbau Pagi tadi aku lupa mandi dulu Maafkan kuasyik...






