Hujung laut kaki langit ikut mentari larut tenggelam anak alam nampak kelam muka perairan wajah malam
Kilau cahaya sinar lampu kapal dagang labuh tenang atas air cermin bayang alun emas haluan pantai

Hujung laut kaki langit ikut mentari larut tenggelam anak alam nampak kelam muka perairan wajah malam
Kilau cahaya sinar lampu kapal dagang labuh tenang atas air cermin bayang alun emas haluan pantai
GAZA: Kemusnahan besar-besaran akibat serangan tentera Israel di Gaza bukan sahaja mengorbankan nyawa dan memusnahkan infrastruktur, malah meninggalkan kesan pencemaran alam sekitar yang mengancam kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat Palestin untuk beberapa generasi akan datang.
Laporan bersama pertubuhan kemanusiaan antarabangsa, Oxfam, dan Balai Cerap Konflik dan Alam Sekitar (CEOBS) yang diterbitkan pada 23 November mendapati hampir seluruh wilayah Gaza berpotensi...
LONDON: Sebanyak 14 negara menggesa Myanmar mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa susulan keputusan bersejarah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendapati negara itu bertanggungjawab melakukan genosid terhadap masyarakat Islam Rohingya.
Dalam kenyataan bersama pada 23 November, menteri luar 14 negara itu menegaskan bahawa keputusan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut mengikat Myanmar dan wajib dipatuhi.
Negara berkenaan ialah Australia, Belgium, Canada,...
JAKARTA: Dua tokoh kanan Kabinet Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, kini bersaing merebut jawatan naib presiden bagi menggantikan Encik Gibran Rakabuming Raka, dengan masing-masing mempunyai latar belakang dan pengalaman kepimpinan berbeza.
Presiden Prabowo pada 23 November mengemukakan nama Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Encik Sugiono, dan Menteri Pertanian, Encik Andi Amran Sulaiman, kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR).
MPR dijadual...
JAKARTA: Polis Indonesia pada 23 November menamakan bekas Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, dan lima pegawai kanan polis lain sebagai suspek dalam komplot yang didakwa bertujuan menggugat pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pengawasan dan pemintasan komunikasi secara haram serta beberapa tindakan yang bertujuan melemahkan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Presiden Prabowo..
Dakwaan berkaitan pengkhianatan terhadap...
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyenaraihitamkan Megaspeed, sebuah syarikat pusat data berpangkalan di Singapura, sekali gus menyekat aksesnya kepada teknologi Amerika, termasuk cip kecerdasan buatan (AI) canggih keluaran Nvidia.
Langkah pada 23 November itu menyusuli siasatan berhubung dakwaan penyeludupan cip AI ke China serta skandal melibatkan hubungan sulit antara Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Encik Jensen Huang, dengan...





