DEKATI MASYARAKAT: Selain bengkel dan sesi seminar, sejak tahun lalu juga, pelajar MLEP di Maktab Rendah Pioneer berpeluang mengikuti Sesi Bertemu Rakyat setiap hari Isnin bersama Anggota Parlimen, Encik Zaqy Mohamad (kanan) - Foto MAKTAB RENDAH PIONEER
SingapuraApr 30, 2018 | 5:30 AM

Pelajar MLEP ikut Sesi Bertemu Rakyat bersama AP

Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP), diperkenalkan pada 2001, bertujuan memupuk bakat dwibahasa dan dwibudaya dalam diri pelajar. Bagi maktab rendah seperti Pioneer - yang juga merupakan pusat ketiga menawarkan MLEP - aktiviti yang diadakan bukan sahaja dikhususkan untuk meningkatkan pendidikan mereka, malah juga menyemai nilai-nilai kemanusiaan. Wartawan Berita Harian, SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) meninjau antara aktiviti MLEP yang dilakukan maktab rendah...

Anggota penguat kuasa ketenteraman awam (Satpol PP) menurunkan bendera yang memaparkan logo baru Parti Solidariti Indonesia (PSI) di Surakarta, Jawa Tengah, pada 16 Julai 2025, kerana dipasang di kawasan larangan bahan kempen politik. PSI, yang dipimpin Kaesang Pangarep, anak bongsu bekas Presiden Joko Widodo, kini berdepan pengunduran tiga pemimpin kanannya yang memegang jawatan dalam Kabinet Presiden Prabowo Subianto, ketika tekanan terhadap Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka semakin meningkat susulan kontroversi kelayakan pendidikannya.
DuniaNov 10, 2026 | 2:49 PM

Tiga anggota kabinet Prabowo tinggalkan parti Jokowi ketika desakan pecat Gibran meningkat

JAKARTA: Tiga pemimpin kanan Parti Solidariti Indonesia (PSI) yang memegang jawatan dalam Kabinet Presiden Prabowo Subianto meletakkan jawatan dalam parti itu, ketika tekanan politik semakin meningkat terhadap Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka yang berdepan desakan supaya dipecat.

Pengunduran mereka menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Encik Prabowo dengan bekas Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo ketika Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dijadual menyambung persidangan...

Pemain tengah Arsenal, Kai Havertz (kiri), merebut bola dengan pemain pertahanan Hull City, Nobel Mendy, pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Emirates, London, pada 7 November. Kontroversi timbul apabila Havertz dijatuhkan di dalam kotak penalti namun dinafikan sepakan penalti akibat kesalahan ofsaid.
SukanNov 10, 2026 | 2:32 PM

Insiden demi insiden: Adakah ia minggu buruk buat VAR?

LONDON: Mungkin tidak ramai yang menyedari malah menyangkal hakikat ini, namun statistik menunjukkan bahawa keputusan Video Pembantu Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Perdana setakat musim ini sebenarnya cukup baik.

Panel Insiden Utama Perlawanan (KMI) – yang meneliti setiap keputusan dipertikaikan dan mengundi sama ada ia tepat atau salah – hanya melaporkan dua kesilapan VAR selepas lapan pusingan perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Encik Jensen Huang, berucap pada sidang media Computex di Taipei, Taiwan, pada 2 Jun 2026. Encik Huang mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang eksekutif wanita China yang dikaitkan dengan syarikat berpangkalan di Singapura, yang disyaki Amerika terbabit dalam penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) ke China. Skandal itu mencetuskan siasatan FBI dan meningkatkan kebimbangan mengenai bagaimana Beijing memperoleh cip AI canggih walaupun Washington mengenakan sekatan eksport teknologi tersebut.
DuniaNov 10, 2026 | 2:23 PM

FBI siasat hubungan sulit CEO Nvidia dengan wanita disyaki perisik China

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat hubungan sulit antara Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, dengan seorang wanita yang disyaki menjadi perisik China, ketika skandal itu semakin mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan negara.

Encik Trump berkata beliau sudah menghubungi Encik Huang pada 9 November selepas laporan media mendedahkan bahawa ketua syarikat pengeluar cip kecerdasan...

Gegar Vaganza Fantasia, Faizal Ramly, kembali menyerlah, akademi fantasia 4, akademi fantasia
HiburanNov 10, 2026 | 2:19 PM

‘GV Fantasia’ jadi peluang juara AF4 Faizal Ramly kembali menyerlah

Lama tidak muncul dalam industri hiburan, penyanyi Faizal Ramly menegaskan beliau tidak pernah berhenti menyanyi sejak menjuarai program Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006.

Menurut Faizal, 42 tahun, beliau masih aktif menerima tawaran persembahan, namun kebanyakan kegiatan seninya tertumpu di Terengganu, Malaysia, yang menjadi tempat tinggalnya selama lebih sedekad.

Sekitar 3 juta warga Singapura berumur 21 tahun ke atas yang layak, akan menerima bayaran tunai sebanyak $100 hingga $250 mulai 8 Disember 2026. Bayaran itu merupakan pengagihan terakhir di bawah Pakej Jaminan (AP).
SingapuraNov 10, 2026 | 2:19 PM

Sekitar 3 juta warga bakal terima tunai $100- $250 mulai Dis di bawah Pakej Jaminan

Sekitar 3 juta warga Singapura berumur 21 tahun dan ke atas yang layak, akan menerima bayaran tunai sebanyak $100 hingga $250 mulai 8 Disember 2026.

Bayaran itu merupakan pengagihan terakhir di bawah Pakej Jaminan (AP) yang dipertingkatkan dan telah diumumkan sewaktu Belanjawan 2023, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan media pada 10 November.

Bermula dengan secawan kopi, empat sahabat buka kafe sendiri
Play Video

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video