USIA muda dan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bukan penghalang bagi Ali Ridha Rahim menabur bakti sebagai sukarelawan buat seketika.
Walaupun hanya selama tiga jam, pelajar darjah enam Sekolah Rendah Xin Min itu sanggup meredah cuaca tidak menentu bersama adiknya, Ali Asgar Rahim, 10 tahun, dengan mengagih barangan keperluan harian kepada sekumpulan penduduk di sebuah estet kejiranan.





