PEMERINTAH akan terus memperkukuh keupayaan pertahanan dan keselamatan dalam negara demi melindungi Singapura daripada pelbagai ancaman, termasuk keselamatan siber dan pengganasan.
Antaranya, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membangun konsep pertempuran baru, manakala Home Team akan menjalani perubahan untuk meningkatkan kesediaan dan kecekapan operasi.





