USAHA pembangunan bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di Singapura mendapat suntikan rangsangan dengan dua daya usaha baru yang diumumkan hari ini (30 Ogos).
Bercakap di satu majlis bagi menyambut ulang tahun pertama AI Singapore (AISG), Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran berkata pemerintah, pemimpin industri dan syarikat perekrutan di seluruh dunia bersetuju bahawa terdapat kekurangan bakat dalam bidang AI.





