BAKAL penduduk Tengah mungkin akan mempunyai pilihan menggunakan sistem penyejukan pusat bagi flat mereka pada masa akan datang, hasil satu kajian bersama yang dijalankan bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta pengendali khidmat elektrik SP Group.
Penduduk boleh memilih untuk mendapatkan khidmat itu yang disifatkan sebagai lebih jimat tenaga berbanding sistem hawa dingin biasa, kata HDB.





