SEBUAH kod QR universal bagi pembayaran elektronik, yang pertama di dunia, telah diperkenalkan di Singapura bagi memudahkan pelanggan dan peniaga bagi pembayaran elektronik.
Dilancarkan semalam oleh Menteri Pendidikan dan anggota lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ong Ye Kung, Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) memudahkan peniaga kerana mereka tidak lagi perlu menunjukkan pelbagai kod QR bagi skim pembayaran berbeza.





