EMPAT warga Vietnam dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mencuri pakaian wanita bernilai $26,000 - kes curi paling besar oleh sindiket curi di Singapura setakat ini.
Dua lelaki dan dua wanita itu dikatakan mencuri hampir 900 barang - lebih separuh merupakan coli - dan membungkus barang-barang curian itu dalam beg kertas yang ada 'aluminium foil' bagi mengelakkan pengesanan sensor anticuri.





