SEORANG wanita warga Singapura berusia 42 tahun didenda sekitar $32,000 semalam (20 September) selepas mengaku bersalah tidak mengisytihar bahawa dia membawa masuk barangan yang boleh dikenakan cukai ke Singapura.
Tammy Tien Mi mempunyai 30 barang berjenama yang bernilai lebih $469,890 semasa pulang ke sini dari Perancis pada 27 Januari lalu, kata Kastam Singapura menerusi satu kenyataan.





