FENOMENA gerhana bulan penuh buat kali kedua tahun ini ternyata mendapat perhatian ramai penduduk setempat yang bukan sekadar menyaksikannya, malah ramai yang menyertai sama kegiatan yang diadakan - tidak kira anjuran masjid ataupun Pusat Sains Singapura.
Ratusan jemaah dikatakan membanjiri kebanyakan masjid di sini dengan menunaikan solat sunah sempena fenomena tersebut.





