MENTERI Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong, pada Jumaat (30 November), dinamakan secara rasmi sebagai penaung kehormat Pertubuhan Antara Agama (IRO), penaungnya yang ketiga sejak pertubuhan yang bertujuan memupuk keharmonian antara agama itu ditubuhkan 70 tahun lalu.
Dalam kenyataannya, IRO berkata Encik Goh telah menerima undangan IRO untuk menjadi penaung kehormat, menggantikan mantan Presiden SR Nathan, yang meninggal dunia pada...





