KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah dalam satu upacara hari ini (15 Oktober).
Upacara itu diadakan dua hari selepas beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson kelmarin dengan meraih 72 peratus undi.





