MANCHESTER: Bekas penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (gambar atas), telah dinamakan sebagai pengurus sementara kelab tersebut sehingga akhir musim ini.
Solskjaer, yang menjaringkan 91 gol dalam 235 penampilan selain memenangi enam kejuaraan liga untuk United, menggantikan Jose Mourinho, yang dipecat dari jawatannya kelmarin setelah permulaan paling teruk kelab gergasi bolasepak dunia itu dalam sejarah Liga Perdana England.





