1. Allahyarham Othman Wok, mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat dan Anggota Kabinet pertama Singapura. Allahyarham Othman merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan perintis Singapura yang mengasaskan pembangunan awal negara selepas merdeka. Beliau antara 10 menteri Kabinet Singapura yang menandatangani Pengisytiharan Kemerdekaan Singapura pada 1965. Pemimpin pengasas Singapura ini juga diiktiraf sebagai pejuang dasar berbilang bangsa, banyak berjasa kepada negara dan masyarakat.





