BAGI menyebarkan rahmah kepada masyarakat kurang bernasib baik, sekumpulan belia daripada Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF) dan Masjid Yusof Ishak mengadakan projek pendekatan warga emas yang dikenali sebagai 'Project Touch'.
Projek enam bulan itu bertujuan mendekati sekitar 50 warga tua yang menetap di dua flat sewa di kawasan Champions Way, Woodlands, yang berjirankan masjid tersebut.





