PENGHASIL anak patung Barbie, Mattel, bakal menghasilkan mainan yang diilhamkan oleh 'boyband' Korea Selatan yang dianggotai tujuh jejaka, BTS.
Mainan-mainan yang akan dihasilkan termasuk anak patung serta permainan, menurut pengumuman syarikat tersebut yang dibuat di pameran Mainan dan Permainan Hong Kong baru-baru ini.





