Tidak mudah kembali ke persada nyanyian setelah 'menggantung' mikrofon buat seketika selepas melahirkan cahaya mata pertama. Minda dan jiwa perlu gagah berdepan dengan pelbagai cabaran baru meskipun penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, membawa pengalaman 23 tahun bersamanya. Namun, Siti, yang mencecah usia 40 tahun pada 11 Januari lalu dan kini berstatus legenda muzik Melayu, kekal bertenaga dan dinamis...





