SEORANG siswazah Universiti Pengurusan Singapura (SMU) diberkas atas kesalahan mencabul kehormatan mangsanya di kampus ketika mereka berdua sedang belajar bersama.
Mangsa berusia 20 tahun itu memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau bukan penuntut universiti tersebut, namun telah ke sana untuk mengulangkaji pelajaran bersama lelaki yang telah dikenalinya menerusi Instagram.





