SERAMAI 17 lelaki diberkas kerana menyeludup lebih 3,700 karton rokok kontraban melalui Sungei Jurong Sabtu lalu (26 Jan).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, polis dan Kastam Singapura berkata 14 warga Indonesia dan tiga warga Singapura mengelak duti serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masing-masing berjumlah sekitar $396,200 dan $28,820.





