Festival 'Light to Night' mempamerkan sekitar 50 karya yang membawa pengunjung mendalami kisah-kisah Singapura yang dipaparkan menerusi karya seni cahaya dan bunyi. Dibangunkan oleh Encik Safuan Johari dan Encik Brandon Tay, festival tahunan itu diadakan lebih gah tahun ini sempena acara memperingati dwiabad negara ini, Bicentennial Singapura. Berlangsung sehingga 24 Februari ini, antara tempat festival termasuk kawasan dalam dan luar...





