SEDANG Singapura berdepan dengan ketidakpastian sejagat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah komited untuk sentiasa menyokong pekerja dan menjaga kesejahteraan mereka.
Berucap di Sidang Perwakilan Nasional (NDC) NTUC 2019 di Orchid Country Club semalam, Encik Lee berkata lima dekad lalu pemimpin perintis berjanji memastikan kepentingan pekerja Singapura diberi tumpuan dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosial negara.





