BIDUAN Halil Chik, penyanyi era 1970-an yang terkenal dengan julukan 'Tom Jones Singapura' menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 7 pagi tadi.
Beliau yang popular dengan lagu Kemesraan, Joget Bunga Melati dan Pertemuan Pertama dimasukkan ke Hospital Ampang setelah diserang angin ahmar di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.





