DUA projek bina-ikut-tempahan (BTO) di kawasan persisiran Punggol Point akan dilancar bulan ini, masing-masing direka berdasarkan sejarah bandar itu, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Projek pertama, yang bernama Punggol Point Crown, akan dibina dengan menggunakan Taman Haiwan Ponggol sebagai inspirasi. Taman haiwan itu terletak berhampiran Selat Johor antara lewat tahun 1920-an dengan awal tahun 1940-an dan dimiliki oleh mendiang...





