BEBERAPA jam selepas kebakaran di flat tingkat empat mereka di Boon Lay kelmarin (15 Julai), keluarga Encik Che Rohisyam Che Zain, 37 tahun, kembali ke rumah mereka dan mendapati bahawa kebanyakan barang milik mereka sudah hangus dijilat api.
Isterinya, Cik Assirah Ekbal, 35 tahun, berkata beliau mencari beg tangannya yang mengandungi wang sekitar $800 dalam flat sewa di Blok 191...




