MAJLIS Bandaran Alijunied-Hougang (AHTC) telah memberi amaran pada Selasa (5 November) kepada seorang wanita berusia 67 tahun untuk membersihkan sampah di flatnya dalam masa seminggu, atau kakitangan majlis bandaran akan mengalihkan barangannya untuknya.
Flat eksekutif maisonnete wanita itu di Blok 522 Hougang Avenue 6 mempunyai barang bertimbun lebih setahun, ada barangnya kadang kala menjejas kawasan pintu jirannya.





