PASANGAN adik-beradik YouTuber tempatan Preeti Nair dan Subhas diberi amaran bersyarat hari ini (Rabu, 14 Ogos) atas video rap kontroversial mereka yang dibuat sebagai tindak balas pada iklan "brownface".
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis berkata mereka telah tamat siasatan mereka berkaitan video tersebut, yang dikatakan mengandungi kandungan yang menyinggung perasaan.





