SEORANG lelaki berusia 61 tahun dihukum penjara empat minggu pada hari Isnin (16 Mac) kerana menawarkan rasuah $200 kepada pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan berkata Wong Sin Wah cuba memberi rasuah supaya dilepaskan daripada kesalahan merokok pada 20 Jun 2019, lapor The Straits Times.






