SOALAN: Syarikat saya mengadakan jamuan tengah hari di kedai makan tidak halal. Bolehkah saya sertai rakan kerja saya?
JAWAPAN: Orang Islam dibenarkan menghadiri atau menyertai undangan teman mereka yang berlainan agama selagi ia tidak memerlukan mereka menyertai sebarang amalan agama atau tindakan yang menyalahi ajaran Islam.






