MESKIPUN persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru berakhir dengan keputusan bercampur baur, perbincangan yang telah diadakan memberi negara yang menyertainya pemahaman lebih baik tentang kedudukan masing-masing.
Berkata demikian menerusi laman Facebook beliau malam tadi (15 Disember), Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ini berguna bagi negara itu sedang mereka terus bekerjasama selepas ini.





