SEJAK lebih sedekad lalu, Ustaz Azmi Abdul Samad, 51 tahun (gambar atas), telah membantu banyak syarikat tempatan, khususnya bukan Islam untuk memiliki sijil halal Muis. Bukan itu sahaja, CEO dan Ketua Perunding syarikat HalalHub Consultants Pte Ltd ini juga berperanan menolong syarikat-syarikat tersebut menjadi lebih peka serta prihatin tentang adab, etika dan memahami ajaran dan tuntutun Halal yang disyorkan oleh...





