SINGAPURA memulakan langkah jarak selamat lebih ketat mulai hari ini (7 April) dengan kebanyakan tempat kerja dan pusat tumpuan umum ditutup dengan warga dinasihatkan agar duduk di rumah selama sebulan demi mengekang wabak Covid-19.
Namun, perkhidmatan penting seperti pasar raya, pasar basah, pengangkutan awam dan poliklinik merupakan antara khidmat yang kekal dibuka selama negara mempertingkat langkah tersebut.





