POLIS telah menahan 33 lelaki, berusia antara 28 dan 81 tahun, dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah dan divisyen polis bahagian darat.
Operasi penguatkuasaan ini dilakukan pada 3 Jun lalu di beberapa lokasi termasuk Jalan Kukoh, Bukit Merah, Toa Payoh, Ang Mo Kio, Eunos Crescent, Boon Lay Place dan Marsiling Road.





