MASYARAKAT Islam menyambut ketibaan Aidiladha tahun ini dengan suasana yang amat berlainan kerana masih dibelenggu wabak koronavirus. Buat pertama kali tidak ada jemaah dari negara ini, dan umumnya dari negara-negara lain, yang dapat ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu haji. Ibadah penyembelihan korban juga tidak dapat dijalankan di sini tahun ini. Sambutan dalam suasana berlainan itu dapat difahami kerana masyarakat...





