SINGAPURA mengesahkan lagi 117 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Jumaat (21 Ogos), menjadikan jumlah kes kini 56,216 orang.
Kementerian Kesihatan (MOH) berkata terdapat enam kes dalam masyarakat melibatkan tiga warga Singapura atau penduduk tetap dan tiga lagi pemegang pas kerja.





