UJIAN Covid-19 akan ditawarkan kepada lebih ramai pegerai, pekerja pembersihan dan pekerja penghantaran makanan bagi memberi gambaran lebih baik tentang jangkitan virus itu di kalangan penduduk dan supaya pembendungan awal dapat dilakukan sekiranya terdapat penularan.
Ini menyusuli inisiatif yang dimulakan di Marine Parade pada 19 dan 20 September oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Agensi Makanan Singapura...




