SEHINGGA 12 tengah hari tadi (Khamis, 27 Ogos), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 77 kes jangkitan baru Covid-19 di Singapura.
Dalam kenyataannya, MOH turut menjelaskan terdapat dua kes masyarakat melibatkan warga Singapura. Ada lima kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura.





