KEMENTERIAN Pendidikan sedang membuat susulan dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) serta universiti lain untuk memastikan keselamatan pelajar, setelah pemecatan bekas pensyarah Kolej Tembusu di NUS, Dr Jeremy Fernando, di tengah-tengah tuduhan salah laku seksual.
Dalam satu pos Facebook kelmarin, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling berkata kepimpinan universiti itu telah ditanya apa yang boleh dilakukan...





