LANGKAH untuk membenarkan masyarakat Islam di Singapura untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19, tanpa mengira bahannya, merupakan satu keputusan yang dibuat oleh Pejabat Mufti, disebabkan keadaan mendesak yang sedang dilalui.
Memberi penjelasan kepada pihak media semalam, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata keutamaan segera adalah melindungi nyawa dan menjaga keselamatan orang ramai, agar kegiatan keagamaan dan sosial dapat disambung semula dengan cara...





