Sedang banyak sektor ekonomi lesu di tengah-tengah kemelesetan ekoran krisis pandemik Covid-19, sektor elektronik menunjukkan prestasi lebih baik. Ditukil sebagai antara industri yang terus pesat berkembang, ia telah menawarkan sekitar 1,900 pekerjaan sejak April. Antara syarikat yang mendapat sorotan dan dikunjungi Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, ialah syarikat semikonduktor, GlobalFoundries...





