MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui jarang mengulas mengenai isu politik sejak menjadi Perdana Menteri, berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap isu membela kebajikan dan membantu rakyat berdepan wabak COVID-19.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak melihat keperluan mengeluarkan kenyataan politik ketika rakyat terhimpit dan dibebani impak ekonomi berikutan pandemik itu, lapor laman media Berita Harian...





