BASIKAL tanpa brek tangan berfungsi harus dilarang melintasi jalanan dan laluan pejalan kaki, kata Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) pada Rabu (30 Disember).
Jika dibenarkan, undang-undang yang diusulkan akan menjejas basikal dengan gear tetap, yang biasanya tidak mempunyai brek tangan tetapi bergantung pada ketahanan pengayuh si penunggang untuk menghentikan basikal tersebut.





